Friday, May 2, 2014

Apa dia Bio Disc?



Bio Disc kelihatan seperti sekeping kaca biasa yang berbentuk bulat. Tetapi ia bukan hanya sekadar kaca biasa!

Bio disc adalah alat penjana tenaga@chi semulajadi. Bio disc memancarkan frekuensi tinggi yang boleh memperbaiki mutu (memberi tenaga) air yang kita gunakan.

Ia dibuat dengan menggabungkan 13 jenis mineral semulajadi menggunakan teknik "Nano Fusion". Kombinasi menggunakan mineral semulajadi ini telah menjadikan Bio Disc sebagai ajen pemangkin tenaga "Scalar Energy" yang boleh dipindahkan kepada bahan cecair, seperti air dan petrol/diesel.

Antara beberapa keunikan hasil yang boleh diperolehi dengan pengunaan Bio disc:
  • tidak perlu mengulangi pembelian ubat setiap minggu / bulan / tahun
  • hanya menggunakan air bertenaga Bio Disc / Cahaya FIR Bio Disc.
  • hayat Bio Disc adalah lebih kurang selama 20 tahun.
  • rawatan mudah, boleh dilakukan sendiri di rumah.

Faedah menggunakan Bio Disc



Rawatan dengan menggunakan Bio Disc lebih kepada merupakan peningkatan kualiti air minuman dan peningkatan dalam keseimbangan system badan. Beberapa hasil yang kerap dilihat ialah:

  1. Meningkatkan sistem imunisasi
  2. Meningkatkan oksigen dalam darah
  3. Melancarkan aliran darah
  4. Membuang toksik
  5. Meningkatkan tenaga
  6. Mengawet dan menyegarkan sel-sel badan
  7. Penjimatan pengunaan petrol/diesel pada kenderaan
Dengan peningkatan aktiviti di atas, badan kita akan dapat melawan penyakit secara lebih berkesan. Manakala kesan yang paling cepat dan ketara ialah peningkatan tenaga dan daya tahan.

Namun tidak kurang juga pengguna Bio Disc yang menggunakannya secara berterusan, mendapat kesan-kesan yang lebih menakjubkan. Antara beberapa penyakit yang mendapat manafaat dari penggunaan terapi Bio Disc (minum air yang dialirkan di atas Bio Disc dan suluhan cahaya melalui Bio Disc) adalah seperti berikut:

Kencing manis, darah tinggi, asma, kanser payu dara, stroke, resdung, demam, batuk, keletihan, gout, lumpuh, lukimia, insomnia (masalah tidur), tiroid, sengal sendi, buah pinggang, batu karang, gastrik, senggugut, migrain, buasir, stress, keupayaan seks dan beberapa masalah lain.

Cara-cara penggunaan Bio Disc


Bio Dsic boleh digunakan dengan beberapa cara. Tiap-tiap cara yang berlainan ini, boleh memberikan kesan-kesan yang berlainan mengikut keadaan tertentu.
  1. Letakkan Bio Disc dibahagian badan yang sakit selama yang perlu. Kesakitan akan berkurangan.
  2. Curahkan air minuman ke atas Bio Disc. Ulang beberapa kalai jika perlu. Ini akan memberikan air yang telah diberi tenaga. Jika anda alah kepada susu (Lactose Intolerancet) curahkan susu tersebut ke atas Bio Disc, kemudian baru diminum. Alahan tidak akan berlaku.
  3. Letakkan bekas minuman (seperti botol air mineral) di atas Bio Disc selama 20-30 minit. Air minuman tersebut juga akan menjadi air bertenaga.
  4. Lalukan air siraman pokok ke atas Bio Disc untuk menambah mutu air tersebut.
  5. Lalukan air untuk membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan ke atas Bio Disc. Sayur-sayuran dan buah-buahan tersebut akan segar lebih lama.
  6. Letakkan bekas alatan solek (seperti krim badan dan krim muka) ke atas Bio Disc dan ia akan diberi tenaga dan akan menyerap dengan lebih mudah.
  7. Bawa Bio Disc bersama anda kemana jua untuk memperbaiki keharmonian badan anda dan mengekalkan tenaga anda dengan lebih lama.
  8. Pancarkan suluhan cahaya/lampu melalui Bio Disc ke tempat yang sakit. Cara ini adalah amat berkesan untuk tujuan perawatan.
      Meminum air yang telah di beri tenaga, boleh memperbaiki kesihatan. Kerap juga berlaku, dimana beberapa penyakit biasa dan kronik boleh di kawal malah dalam banyak kes boleh disembuhkan.

        Cara Penggunaan Bio Disc

        Ilustarsi yang ditunjukkan di bawah adalah diantara beberapa cara penggunaan bio Disc. Ia juga boleh digunakan dengan cara-cara lain yang manasabah.

        Cara 1

        Cara 1 

        Cara 2

        Cara 2 

        Cara 3

        Cara 3 

        Cara 4

        Cara 4 

        Cara 5

        Cara 5 

        Cara 6

        Cara 6 

        Cara 7


        Testimoni Pengguna Bio Disc

        Terdapat banyak testimoni yang menarik tentang keberkesanan Bio Disc ini sebagai pegubatan alternatif. Walau bagaimanapun, kami tidak akan memaparkan secara detail di sini kerana bimbang isu-isu peribadi yang mungkin akan mengganggu mereka. Antara testimoni yang menarik ialah :

        "Seorang pengidap diabetis (kencing manis) selama 6 tahun yang mengambil insulin unutk mengawal kandungan gula dalam darah. Dia telah meminum air Bio Disc selama 2 bulan. Hasilnya, kandungan gula dalam darahnya kembali kepada kadar normal."

        "Seorang pengidap kanser darah (lukemia) yang hanya mempunyai harapan tipis untuk hidup lama. Setelah membuat rawatan menggunakan Bio Disc, dia kini meneruskan hidup kembali."

        "Seorang pengidap kanser lutut selama hampir setahun. Setelah menggunakan kaedah suluhan dan meminum air Bio Disc selama 3 bulan, dia sembuh sepenuhnya."

        "Seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang tidak diketahui jenisnya. Setelah dirawat menggunakan tekni Bio Disc selama hanya 2 hari, telah sembuh dan dibenarkan keluar dari wad."

        "Seorang pengidap darah tinggi telah meminum air Bio Disc sebanyak 3 liter sehari. Hasilnya tekanan darah kembali normal."

        "Seorang yang telah diserang stroke, telah menggunakn kaedah suluhan dan meminum air Bio Disc. Hasilnya, dia boleh bercakap kembali dan sebelah anggotanya yang lumpuh kini boleh digerakkan."

        "Seorang yang mengidap masalah migrain dan menghadapi serangan setiap minggu, setelah minum air Bio Disc serangan migraine berkurangan dengan ketara. Dalam lima bulan terakhir, dia cuma diserang migrain sebanyak dua kali."

        Rawatan dengan menggunakan Bio Disc ini adalah satu ikhtiar. Ia bukan satu jaminan sepenuhnya. Penyembuhan hasil dari usaha ini adalah dengan izin Allah semata-mata.
        Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali MAUT!

        Wednesday, September 21, 2011

        Insaf Sekejap | iluvislam.com + discover the beauty of islam

        Insaf Sekejap | iluvislam.com + discover the beauty of islam

        Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.

        Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.

        Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.

        Saya juga tidak terkecuali.

        Kisah Hanzalah

        Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.

        Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.

        Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.

        Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

        Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

        Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

        Manusia Biasa

        Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.

        Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.

        Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!

        Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.

        Taubat Yang Berulang

        Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.

        Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.

        Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.

        Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!

        Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!

        Mahu Kekal

        Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.

        Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.

        Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?

        Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

        Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

        Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.

        Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

        Ya, harus banyak berdoa!

        Kesimpulan

        Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.

        Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.

        Lapangkan Hatimu Dengan Taubat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

        Lapangkan Hatimu Dengan Taubat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

        Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?
        Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?
        Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira...
        Itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
        Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
        Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai 'galang-ganti' kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
        Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?
        Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
        Rasulullah S.A.W bersabda : "Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : "Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu". Aku mengucap : "Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga". Aku berkata : "Amin". Jibril berkata lagi : "Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan : "Amin". [HR. Ahmad]
        Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.
        Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini... kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
        Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita.
        Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba.
        Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju 'syurga' ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah S.A.W ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh 'nostalgia dosa' – hinggakan sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
        Rasulullah S.A.W pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
        "Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. [Sulaiman bin al-Ash'ath, Sunan Abi Daud]
        Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk Syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.
        Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
        Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.
        la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, "What happens 'in' you is more important than what happens 'to' you." – apa yang berlaku 'di dalam' diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada ('di luar') diri kita.
        Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
        Renungilah hakikat ini : Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan Syaitan, yang mana Syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba' yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
        Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka.
        Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Luth, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
        'Tentera Allah' (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah S.W.T kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
        • Kaum Nabi Nuh
        • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
        • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
        • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
        • Firaun dan pengikutnya.
        • Kaum Nabi Luth.
        • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
        • Kaum Tubba'.
        Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad S.A.W. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
        Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu.
        Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah 'bisikan' Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar 'jeritan-Nya!' (bencana yang lebih dahsyat).
        Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa 'konvensional' yakni air?
        Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
        "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa." (Surah al-An'am 6: 44)
        Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: "Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Surah Thaha: 24)
        Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya:
        "Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit."
        Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
        Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (Akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

        Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam

        Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga | iluvislam.com + discover the beauty of islam


        Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
        Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
        Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
        "A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
        Rintihan Tha'labah
        Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
        Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
        Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
        "Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
        Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
        Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
        "Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
        "Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
        "Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
        Cita-citanya hanya Syurga
        "Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
        "Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
        Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
        Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
        Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
        Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
        Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
        Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
        Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
        Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.